Tuesday, December 6, 2011

Salam semua...saja ja nak masukkan gambar Arissa berposing dgn hadiah dari Mak Su Za yg berada nun jauh negeri dibawah bayu. Terima kasih, Mak Su!! Sayanggg Mak Su!!!!!






HAPPY 3RD BIRTHDAY, ARISSA!!!


Salam semua... 19/08/2011 yg lepas, hari lahir Arissa yg ke-3. Dah besar anak ibu...Memandangkan hari lahir Arissa jatuh dlm bulan puasa, jadi x dpt la nak buat sambutan makan2 kat rumah. Jadi aku masak, bungkus dan sedekahkan pada jiran2 . Aku tak buat apa2 spesel pun, just buat nasi lemak dan sambal udang. Lepas tu aku bakar kek coklat sebijik dan beli gula2 utk dipack sekali. Aku tak letak apa2 topping pun, just plain cam tu ja...tak sempat sebenarnya...hari tu nak bakar kek, hari tu jugak nak masak...kelam kabut jugak...hehehe...apapun birthday girl amat suka sekali kek coklat iteww....saya suka! saya suka! saya suka! hehehehee......



Doa Ibu & Ayah, Semoga Arissa sihat selalu, menjadi anak yg solehah, 
bahagia hidupmu di dunia & akhirat. Aminnn....


 Masa ni baru nak keluar beli candle dan gula2 kat TESCO!! Lepas balik dari TESCO ingatkan nak ambik gambar Arissa posing dgn kek dan candle, sekali Arissa tidur daaa...jadik, tak dak la gambar Arissa ala2 candle light dinner iteww....mujur dah ambik gambar awal2 lagi...


 Senyumm....


Nasi lemak dlm proses packing

 Abaikan periuk  hitam yg tidak bersental itu...


Ini dah siap pack nasi lemak, kek dan gula2 utk diedarkan pd jiran tetangga. Hubbyku la yg gigih mengedarkannya...hehehe..Alhamduillah!!! selesai jugak akhirnya...

Saturday, December 3, 2011

JOM PUASA ASYURA!


Salam semua...lama blog ni tak berupdate kan?? entah sibuk apa pun tak tau...hehehe...Apa pun tergerak hati utk buat post hari ni coz hari istimewa ni la...JOM posa Asyura ramai2!!!! Di bawah ni aku ada pastekan makna Hari Asyura itu sendiri dan kelebihannya utk peringatan diri sendiri dan semua. Coz apa pun yg kita buat mesti diikuti dgn ilmu, kalau tak, kita jadi pak turut ja la kan...amal tanpa ilmu, sia-sia....


PUASA ASYURA

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.
Jawapan:
Kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.


1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.
10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?
Do'a dibaca pada hari 'Asyura'
11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Wallahu A'lam

Tuesday, August 2, 2011



Assalamualaikum...Selamat Berpuasa semua...hari ni dah 2 hari kita berpuasa kan...mmg masa cepat betol berlalu...tp diriku tak sempat nak sambut posa sebabnya malam isnin tu tup2 bendera merah naik...habis la tak leh sambut posa...baru ja dok beringat2 nak pi solat tarawih ke tak, sebab arissa la ni tengah dok potty training, jadik takut dia terkucil lak kat dlm surau tu, naya!!! Tak pa lah...kerana perancangan Allah mengatasi segala perancangan hamba2-Nya....

Apapun aku bersyukur sbb masih berpeluang bertemu Ramadhan pada tahun nie. Semoga bulan Ramadhan ini akan dpt mendidik aku menjadi hamba-Nya yg terbaik dan diteruskan sampai bila2....Aminnn...



Wednesday, July 20, 2011

Puzzle ABC

Baru nak start....
Dah siap!!!!
Assalamualaikum semua...

Aku dan husband dah belikan arissa puzzle yg baru, kali ni lebih byk bilangannya...dulu 48 pieces tp yg ini 70 pieces...saja bagi dia susah sikit...kih kih kih!!!

Tp lepas 3hari, dia dah boleh selesaikan semua puzzle tu...isshh mmg tak sangka cepat betoi dia boleh buat puzzle ni...aku pun masih dok pening lagi masa tu...dia kata apa tau bila aku letak puzzle tu kat salah tempat... "Bukan la, sini la." Tergelak aku kalau dia kata macam tu...Amboiii... mentang2 la dia terror....nanti la...aku cari yg susah lagi...he he he!!!!

Marble Chocolate Banana Cake





Assalamualaikum semua...

Minggu lepas kakak yg sulung adakan sedikit kenduri arwah di rumahnya. Kakak aku buat makan2 untuk minum petang saja, jadi menunya pun ringan je lah...laksa, bihun goreng, bubur kacang hijau, kuih muih dan pencuci mulut. Memandangkan banyak pisang lagi yg disedekahkan oleh jiran, aku pun nak buat kenduri jugaklah jadi aku cuba buat kek ni...Sedap!!! lembut...manis pun sedang elok jer...mmg sedaplah!!! aku jumpa resepi ni kat blog Masam Manis...blog yg gambar2nya mmg meletup tu...cantik sungguh!!!terpegun bila melihatnya!!!!

Tp belang yg aku buat ni tak berapa menjadi dan cantik sbb aku guna tin yg saiznya 8" ja, patutnya 10"...byk beza tu...memandangkan saiz tu ja yg aku ada, aku pun just proceed...lagipun aku ni budak baru belajar....tu baru betoiii!!! kih kih kih!!! Jom kita lihat bahan2nya...

MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE

250 gm pisang dilecek

90 g minyak

1 sb choc emulco

1 sk esen pisang

Satukan dan pukul dgn mixer
*250g tepung kek
*1st baking powder
*200g gula castor
*6 biji telur
*1 sb ovellette
*2 sb susu pekat manis
*50 g fresh milk atau susu cair

"DO IT YOURSELF"

1.
Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.

2.
Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan.


3.
Satukan semua bahan dalam mixer

*250g tepung kek
*1st baking powder
*200g gula castor
*6 biji telur
*1 sb ovellette
*2 sb susu pekat manis
*50 g fresh milk atau susu cair

dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu.

4. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.


5.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.


6.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.


7.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga.

8. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.


9.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.


Thursday, July 7, 2011

"Ibuuu!!! nak ambik gambar tak???

Haaa!!!!Ni la akibatnya bila baru ja kejayaan pertama dicapai, ibu dah gatal tangan offer ambil gambar!!! Lepas tu berderet2 lagi kejayaan dicipta, ibu pun nak tak ndak kena pi gatai tangan ambik kamera la ambik gambar!!! hehehe!!!padan muka aku!!!

Tiap kali lepas siap buat puzzle tu, Arissa akan kata," Ibuu..nak ambik gambar tak?"....emmm ok laa...dgn langkah lemah gemalai masuk bilik ambik kamera...hehehe!!! ambik kau, lain kali ajar lagi mcm tu....hehehe!!!!

Aku kena cepat2 cari puzzle yg lain pulak lepas ni....dia dah terror buat puzzle ni, pejam mata pun dia leh buat...aku dah jemu lak tengok asyik yg tu ja...

Inilah kejayaan2 yg dicapai oleh anakku lepas kejayaan pertama hari tu....layan je lah!!!









Friday, June 24, 2011

Kek Pisang Hari Bapa



Sempena menyambut Hari Bapa pada hari Ahad lepas, saja la buat Kek Pisang. Husband mmg suka dgn kek pisang atau apa saja yg berkaitan dgn pisang, jadi aku pun cuba la resepi kek pisang dari blog Kak Noor Masri. Tengok Kak Noor buat gebu je tp bila aku buat jadi bingka...kihkihkih!!! walaupun begitu rasanya sedap!!! tak sampai 1 hari terus licin. Tak tau silap kat mana? Mungkin suhu yg aku guna rendah sgt kut, 150'c je. Gula pulak aku guna 80gm saja, tu pun bagi aku dah manis. Tak tau lah...nanti kalau ada kesempatan aku try bakar guna suhu tinggi pulak. Tp gula tu aku tak kan tambah la sebab mmg tak suka manis sgt.

Kek Pisang Lembab dan Gebu

Bahan-bahan:

300g pisang dilecek
240 g tepung gandum - lebih suka guna tepung superfine
180 g gula castor - kalu suka kurang manis guna 160 g aje
4 biji telur
160 ml minyak jagung
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam

Cara membuatnya:

Campurkan semua kedlm mixer, putar sehingga kembang dan gebu putih.
Masukkan dlm loyang dan bakar pd suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak
Pastikan adunan setengah drp loyang krn kek akan naik sekali ganda.

Puzzle Barney & Friends


Hari ni Arissa berjaya menyiapkan puzzle ni seorg diri, aku pun tak sangka sebab masa tu aku dok sibuk masak. Tiba2 dia cakap kat aku, "mana satu lagi?"... Haa? aku pun tak tau apa yg lagi satu tu? Lepas tu dia tunjuk kat aku puzzle dia yg dah lengkap, cuma tinggal satu saja lagi bahagian yg hilang...Oh!!! aku pun tolong la cari utk dia, rupanya ada kat bwh board puzzle tu.

Dia pun ambik la bhg yg baru jumpa dan letak kat tmptnya...jadi siaplah puzzle Barney tu...Yeahhh!!!Baru aku sedar semua tu dia buat sorang2 dari mula lagi. Terus aku cari kamera dan snap gambar dia dgn puzzle yg berjaya dia buat tu...Dia pun seronok jugak...senyum tak habih2!!! hehehe...bangga dgn anak ibu...Alhamduillah..Nanti kita cari puzzle yg lain pulak yer!!!

Cuti Sekolah Yang Menyeronokkan!!!!


Cuti sekolah 2 minggu yg lepas, adikku yg mengajar kat Sabah balik bercuti di sini. Apa lagi, seronok sungguh la arissa bermain dgn 2 org sepupu dia, Nur Adilah & Nur Adlina. Tengok saja la gelagat depa bermain...aku pun tumpang seronok jugak...hehehe!!!!

Tp lepas depa balik, Arissa ni mula2 nampak ok ja tp masa masuk dlm rumah dia punya nangis, meraung2 mcm ada org buat dia pulak....aduh!!lagi pujuk lagi kuat dia nangis!!!! aku terus ajak dia mandi sbb rasa badan dia bau hangit berpeluh.

Dlm bilik air, dia nangis lagi kuat...sebenarnya tak pernah aku tengok dia nangis mcm tu lagi...ala kesiannya...rasa mcm kena tinggal kut...aku pulak yg sedih...lepas mandi aku pujuk dia suruh tidor...nak tidor pun nangis lagi...aduh pening kapla aku...lepas dodoi2 sikit baru lena...fuhh!!!leganya aku.....tidor nak yer, nanti kak dilah dgn adik adlina balik sini...main lagi naaa....kesian sungguh tengok dia...dah lena pun masih tersedu2 lagi...kawan bermain dah tak ada....tentu la sedih, kan kan?? bertambah sedih bila tinggal sorang ja...uwaaaa.....




PEACE!!!NO WAR!!!!


Thursday, June 23, 2011

My Home School


Ini aku nak masukkan sikit pasal plan aku dan husband utk buat Home School. Kami baru ja beli meja dan kerusi bagi memulakan Home School untuk Arissa. Tengok tu baru ja sampai meja dgn kerusi, terus dia duduk dan main kat situ. Harap2 berjalan lancarlah rancangan aku utk buat Home School ni. Buku tak ada byk lagi, start sikit2 dulu. Tengok dulu apa teknik yg sesuai nak digunakan utk mengajar anakku ini. Saja aku belikan dia LEGO utk dia asah kreativiti yg ada. Macam2 lah yg dia buat, robot la, giraffe la dan aku pun tumpang sekaki...hehehe...





Friday, June 3, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Api





Hari ni buntu betoi tak tau nak masak apa?? Surf punya surf at last singgah kat sini MASAM MANIS blog dan terjumpa resepi Ayam Masak Lemak Cili Api...nampak mcm sedap ja...apa lagi terus berkungfu kat dapur...bila tiba time nak merasa tu...fuhhh!!! sodapnya!!! tak rugi ku mencuba...hehehe!!!! Aroma daun kunyit tu yg best!!!Tima kasih pada tuan punya resepi...Jom!!!sapa yg tak pernah cuba lagi resepi ni, cepat2 la buat ....confirm terangkat!!!!!Resepi ni cam biasa la yer copy paste dari rumah tuan tanah...minta halal yer!!!

AYAM MASAK LEMAK CILI API


MyKitchen's Recipe

1/2 ekor ayam - dipotong dan dibasuh bersih
3 biji kentang - dipotong 4
1/2 helai daun kunyit dimayang halus
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
2 kiub ayam
garam dan serbuk perasa

Bahan untuk dikisar
20 tangkai cili api - klu tak suka pedas boleh kurangkan
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
2 batang serai
1/2 helai daun kunyit
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cawan air

"DO IT YOUR SELF"

Masukkan semua bahan yg telah dikisar kedlm periuk. Kemudian masukkan kentang dan ayam. Masak semua bahan atas dapur hingga ayam dan kentang empuk. Setelah semua empuk masukkan kiub ayam dan santan pekat. Sentiasa mengacau supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Setelah masak tutup api dan taburkan daun kunyit yg telah dihiris halus.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....
















Friday, April 8, 2011

Ayam Harum Thai


Bila nampak ja resepi ni kat blog Kak Ummi, Home Sweet Home terus teringin nak cuba buat sebab bahan2 memang dah ada dlm peti ais. Memang sesuai betoi dgn nama resepinya ...harum ja bau daun limau purut .... rasanya pulak sudah tentu la sedap....terus licin malam tu jugak...cuba buat noo jgn tak cuba...hehehe...resepinya aku copy paste dari blog Kak Ummi jelah yer...


AYAM HARUM THAI
Resepi: TryMasak
Dirujuk: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
  • 2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
  • 4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai)
  • 2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah)
  • sedikit gula dan garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • daun sup - dihiris halus-halus

Cara Memasak:-
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan A sampai wangi.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
  4. Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
  5. Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
  6. Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
  7. Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.







Monday, March 21, 2011

Kari Ikan



Semalam tak tau nak masak apa utk lunch, jadi kari ikan ni lah yg paling cepat sekali.
Tumis bwg dan daun kari, masuk rempah ikan, tunggu kejap bagi pecah minyak, masukkan santan, ikan, kacang bendi dan tomato. Siap!!! Kalau nak resepi terperinci leh la jenguk kat bawah ni yer:-

Bahan-bahannya:

Ikan ( ikan tenggiri, ikan biji nangka, ikut suka ati lah)
Rempah ikan - sebungkus kecil
Santan
Bawang merah dan bwg putih - dimayang halus
Daun Kari
Halba campur
Kacang bendi
Buah tomato dipotong 2


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bwg merah, bwg putih, daun kari dan halba campur.
2. Bila berbau wangi, masukkan rempah ikan yg dicampur dgn sedikit air.
3. Bila rempah dah pecah minyak masukkan santan dan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat.
4. Perlahankan api, masukkan ikan , kacang bendi dan masukkan buah tomato.
5. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan air asam jawa. Biarkan sebentar dan bolehlah dihidangkan panas2.





Saturday, March 19, 2011

Jom Join Bloglist Blogger Baru


Jom kita ramai2 join Bloglist Blogger Baru ni. Bloglist ni untuk blogger2 baru yg list followernya kurang daripada 300 org, like me...hehehe...
Bukan itu saja, kita jugak dapat kenal ramai blogger2 baru yg lain kan...
NAK JOIN? Klik - Bloglist Blogger Baru

Sup Brokoli & Ayam


Haa, tu diaa...tup tup!! terus keluar Sup Brokoli dan Ayam...hehehe...lama sungguh tak update blogku ini...bersawang habih!! Tak apa, aku akan aktif semula ya berblogging, itupun sebab ada sorang hamba Allah yg dok bakar semangatku yg hampir jadik bara ni..

Apa pun sila lah support blog aku yg tak seberapa ni yer... resepi Sup Brokoli & Ayam tak yah la bagi resepi nooo...rasanya semua org tau buat kan....kacang ja ni, main campak2 ja....campak dlm periuk yer... bukan atas lantai yer.. tuan2 dan puan2...hehehe...
Posted by Picasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Daughter

Lilypie Fourth Birthday tickers