Monday, May 31, 2010

Daging Blackpepper Dengan Capsicum



Daging yang tersadai dalam peti ais tu tak tahu nak masak apa? Jadi bila terjumpa resipi ni di blog HaNa, aku pun cuba la...Resipi Daging Blackpepper ni memang sedap betol!! Husband makan nasi bertambah2...aku pun sama jugak (hehehe...) Pedas dari lada hitam tu betol2 menyengat...tak caya? cuba la buat...!!! Resepinya cam biasa aku copy dan paste aje dari sana...

Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang- hana gune dgg slice gred A
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


Wednesday, May 26, 2010

Gulai Siam



Ini dinner hari ahad lepas...goreng telur dan makan dgn nasi putih je.. pun licin. Dah ramai yg rasa gulai ni dan minta resepi. Resepi ni aku dapat dari seorg jiran lama yg memang pandai bab masak memasak ni. Dia kata resepi ni memang menjadi kegemaran mereka sekeluarga. Jadi jom la cuba buat gulai siam ni, aku perturunkan resepinya kat sini pulak...layann...


Gulai Siam

Bahan-bahannya:
5 atau 6 ketul ayam

7 tangkai cili kering
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
sedikit kunyit serbuk atau kunyit hidup
1/2 cawan santan
4 atau 5 helai daun limau purut
2 biji terung bulat, dibelah 4
garam dan gula
air secukupnya
sedikit minyak

Cara-caranya:
  1. Mesinkan semua bahan2 diatas kecuali ayam, daun limau purut dan terung.
  2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan2 yg diblend diatas tadi. Kacau sebati.
  3. Bila bahan tadi dah garing dan wangi, masukkan ayam dan gaul sebati.
  4. Masukkan air hingga menutupi semua ketulan ayam tadi dan kacau sebati.
  5. Masukkan terung. Bila terung sudah lembut, masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih dan bolehlah dimatikan api. 





Thursday, May 20, 2010

Mee Jawa


Mari!Mari!Mari! Kita pekena Mee Jawa!!! Haa...inilah dia mee jawa yg  aku masak ahad lepas. Ini kira kali ke-2 lah aku guna resepi ni. Pertama kali buat waktu hari raya haji tahun lepas. Memang dapat sambutan hangat lah!! Tak percaya? Cuba buat sendiri, mak mertua lalu belakang ka, depan ka, gerenti tak nampak...(kalau lalu kat belakang siapa2 pun tak nampak kan?) hehehe...memang tak cari lain dah!!!

Resepi mee jawa ni adalah hasil ciptaan Chef kita, siapa lagi Kak Hanieliza...terima kasih kak Liza, Is minta izin copy paste resepi kat sini yer... tp aku ada tambah sikit mengikut selera tekakku ini...hehehe...layannn....

MEE JAWA

Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
230 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
2 s/b serbuk kari daging (I guna rempah ikan)

Sedikit kacang tanah digoreng tanpa minyak & diblend ( I tambah yg ini) 
air rebusan daging 

air rebusan kulit udang yg diblend ( I tambah yg ini juga)
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula 

Sedikit gula melaka ( I tambah yg ini juga)

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging, air rebusan udang dan kacang tanah yg diblend mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.


 

Wednesday, May 19, 2010

Keow Teow Goreng


Lama jugak yer tak update blog ni, sibuk dgn hal2 lain...dok gila tukar template blog ni, tukar background la, header la...tak habih2...bukan apa cantik semuanya tp bila preview tak cantik pulak...tukar dgn background yg lain lak...tu la kejanya...

Oklah, resepi keow teow goreng ni selalu sangat aku buat sebab senang dan sedap...Tuan punya resepi ni tak lain dan tak bukan lagi Kak Hanieliza kita yg tersohor tu..terima kasih kak liza...aku copy paste jer mcm biasa resepi kak liza kat sini...minta halal yer...

KUETIAW GORENG [hanieliza]

Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
100 gm daging
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
2 biji telur [pukul sikit]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.  
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sebentar.
4. Maukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sebentar dan tutup api.

pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak  basah aje ...


 

Selamat Hari Ibu


Buat semua di luar sana yg bergelar ibu, mama, mak, mummy, ummi, bonda dan walau apa gelaran sekalipun, I nak ucapkan Selamat Hari Ibu. Semoga berbahagia selalu dan agar segala pengorbanan dan kasih sayang yg kita curahkan buat keluarga tercinta hanya kerana Allah...Amin...

Buat arwah mak, segala susah payah mak membesarkan dan  mendidik kami tidak akan kami lupa sampai bila2. Walaupun mak sudah tidak ada, doa kami sentiasa untuk mak disana. Rindu sangat kat mak...Al Fatihah....

I tak celebrate besar2an pun cuma hubby bawa keluar makan lunch kat pizza hut...I tak kisah kat mana pun tak apa, asalkan bersama dia dan anak...itu pun dah cukup bahagai bagi I...Terima kasih 'Sayang' sebab sudi meraikan hari ibu dan belanja 'Yang' makan kat luar. You're the best!!! 






Saturday, May 8, 2010

Keow Teow Kung Fu

Esok Hari Ibu, namun ibu ni tetap dedikasi masak didapur, menabur jasa dan bakti utk keluarga tercinta...chewahhh!! mcm nak sambut Hari Pahlawan lak..hehehe...Keow Teow Kung Fu ni dah byk kali aku buat...hubby suka sgt kalau aku masak resepi ni...tak makan lagi, dia dah dok sebut, "sedapnyaa..." Nak tergelak tengok pe'el dia bila mengadap sepinggan Keow Teow Kung Fu ni.


Resipi ni aku dpt kat blog Mat Gebu yg famous masak memasak tu...cayalah!! aku copy paste jelah resepi tu kat sini...minta izin tuan punya resepi, anak cucu minta perturun resepi tok kat sini yer...hehehe jgn marah...nanti kena juall!!!

BAHAN A :-)
500 g kuetiau
5 biji telur

BAHAN B :-)
100 g udang basah, dibuang kulit
150 g daging ayam, dihiris (tak letak sebab tak de)
100 g sotong, dibersihkan, hiris (tak de dalam resipi asal)
100 g sawi kailan, dipotong (mat ganti dengan kobis)
100 g bunga kobis, dipotong
100 g lobak merah, dihiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar minyak masak
2 camca besar tepung jagung (mat letak 1 camca besar je)*
1/2 cawan air*(*dibancuh rata)
1 cawan air rebusan ayam
2 camca besar sos tiram
1 camca besar lada sulah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :-Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan udang, sotong dan ayam. Tuang air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram dan lobak merah. Bila mendidih, masukkan bunga kobis dan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan kailan tadi. Biar mendidih perlahan dan tambah garam secukup rasa. Jika suka boleh tambah belahan tomato, matikan api. Ketepikan
  2. UNTUK KUETIAU :-Panaskan minyak, kemudian goreng telur bersama kuetiau dalam kuantiti yang sedikit sehingga agak garing (biar kuali panas betul2, kalau tak kuetiau melekat, atau guna kuali non-stick), kemudian alih ke dalam bekas sesuai (mat tambah sedikit kicap cair masa menggoreng, anggaran 100 g kuetiau = 1 biji telur)...
  3. PENYEDIAAN KUETIAU KUNG FU :- Isi kuetiau dalam bekas sesuai, tuang kuah bersama isi2 nya. Kalau suka hias dengan hirisan daun bawang, bawang goreng dan hidangkan segera bersama cili hijau jeruk atau cili kicap. Hidangkan panas2....

Adoiiii!!! Sakit Gigi



Malam tadi punya la sakit gigi tak tau nak cerita macam mana...sebenarnya dah seminggu rasa sakit gigi ni tp on and off, tp malam tadi la yg paling sakit sekali non stop...teringat dulu pernah sakit gigi macam ni jugak, dah tak tahan, ajak hubby pegi klinik gigi tp dah malam semua klinik dah tutup. Jadi terpaksa la tunggu esok hari...kerana kecewa I ajak hubby rehat sekejap kat kedai makan yg berdekatan...perut rasa lapar jugak jadi order la makan. I ni pulak dalam tengah sakit2 gigi tu teringin nak makan ABC,jadi hubby pun order. Tau tak apa jadi lepas I makan ABC tu??

Tiba2 saja rasa sakit gigi tu terus hilang. I pun bagitau kat hubby, "dah hilang la sakit.. " hubby jawab," ya ka?? bagus la kalau camtu". Bila esoknya gigi ni langsung tak rasa sakit, tak jadi terus la jumpa doktor gigi...hehehe...

Jadi malam tadi minta la hubby pergi beli ABC, kut2 boleh hilang sakit macam kes yg dulu tu...tp hampeh, masa makan ABC memang tak sakit tp lepas makan ABC tu, denyutnya lagi bertambah sakit...adoiii!!!sakitnya!!!...

I dok pikir macam mana la I nak tidur malam ni dgn keadaan sakit macam ni. I pun terus on internet, surf petua2 utk kurangkan sakit gigi...ada 2 petua yg boleh I apply & yg ada dirumah,
  1. gigit 3 biji bunga cengkih pada gigi yg sakit
  2. tuang sedikit cuka kedlm gelas , campurkan sedikit air dan berkumur 3x sehari            
Petua yg pertama tu tak jalan, sakit mcm tu jugak, petua yg kedua baru okay...okay byk jugak la...boleh la tidur sampai siang...Alhamdulillah...sesiapa yg terdesak waktu malam sakit gigi leh la cuba cara ni...

Hari ni pegi klinik gigi, doktor tanya sakit kat mana, I jawab tak taulah doktor sakit semua gigi sebelah sini...check punya check rupa2nya ada sebatang gigi geraham yg duduk kat dalam tu berlubang...bila doktor tunjuk kat cermin, macam tak percaya...doktor kata sebab tu la awak sakit semua gigi kat sini sebab dah ada infection...doktor kata dah ada nanah!!! Adoii takutnya dengar!!!

Doktor kata dia tak boleh cabut hari ni sebab kuman yg ada tu perlu dimusnahkan terlebih dahulu...dia bagi 2 jenis antibiotik dan 1 ubat tahan, habiskan dlm masam 4 hari dan lepas tu baru datang ke klinik utk cabut gigi...ooo leganya...tak yah cabut lagi, bukan apa tak bersedia lagi dari segi fizikal dan mental..hehehe...  jadi dari saat ni bolehlah bersedia diri utk dicabut gigi pada hari khamis nanti...takutnya...
Ubat tadi tu kena charge RM30...ok la kan?? Kalau cabut nanti staff dia cakap kena charge lebih kurang RM60...boleh la kan?? kalau tak boleh pun, kena boleh la jugak kan? gigi yg berlubang tu makin lama akan makin parah! cabut dan tawakal aje lah..


Friday, May 7, 2010

Roti Jala & Kari Ayam

Kali ni try lagi buat roti jala...geram sgt sebab banyak kali buat asyik tak jadi jer!!! tp aku suka makan roti jala...macam mana tu?? Semasa bloghopping terjumpa resepi roti jala kat sini. Rasa tercabar pulak bila si empunya resepi ni chinese dan pandai menjala pulak tu...stay kat Kota London pulak tu...pikir2 balik, haaiii chinese pun pandai menjala... tak kan aku tak leh buat...tak leh jadi ni...oleh itu dgn semangat berkobar2, dipagi hari yg hening bila hubby dan anak tak bangun lagi, aku pun mula la menjala...hehehe...



Mula2 menjala tu memang tak jadi, adunan tu macam pekat sikit dan turun dot dot dot...aku pun tambah la air sikit lagi... lepas tu baru turun elok... ok la nak makan sendiri tp jalanya masih tak elok...kadang2 separuh jala, separuh lempeng, hahaha...rasanya kalau practice buat selalu tentu jadi elok, kan kan?? macam orang kata, "Practice make Perfect" kan kan??

Apa pun teksturnya lembut dan sedap...bila cicah dgn kari ayam, dah tak ingat jalanya elok atau tak? laju jer masuk mulut..hahaha..Bagi sesiapa yg nak try resepi ni, aku letak kat bwh tu...Thanks Samantha for the lovely recipe...


Roti Jala (Malaysian Lacey Coconut and Turmeric Crepes)
Makes about 20 crepes

Sift together into a large bowl:
2 cups of plain flour
1/2 tsp ground turmeric
1/2 tsp salt (or more to taste)

Make a well in the middle of the flour, add in and whisk to form a thin batter (I use an electric mixer briefly at the end to get rid of lumps):
2 eggs
2 cups coconut milk (aku ganti dgn 2 cawan fresh milk)
1 cup water (tak guna sbb adunan dah cair sgt)

Set a heavy-based frying pan on low-medium heat and grease with an onion dipped in oil. Pour the batter in using a quick circular motion.
Wait for the batter to set (which only takes about 20-30 seconds).
Fold over two edges towards the middle.
Roll one end all the way up towards the other. Remove and place on a plate.
Repeat all of the above until the rest of the batter is used up. Serve immediately with a good hot curry.


Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Banyak kali jugak aku pikir sama ada nak buat kek ni ke idak? maklum la sebelum ni tak pernah buat lagi cheese cake...prosedur nak bake kek ni pun macam complicated jer aku baca...namun berbekalkan semangat yg membara ingin mencuba (chewahh..syok sendiri nampak!), aku pun memberanikan diri utk pergi membeli sebuku cream cheese philadelphia, walaupun harganya sebuku 250gm, mak oooiii nak dekat RM10....ish!ish! tak apalah tutup mata je lah...nak buat kan? haa buat!!!sebenarnya nilah yg aku paling suka pasal baking...we never knew what it's going to turn out...jadi ke? tak jadi ke? betul ke ni? macam misteri giteww...hehehe..inilah hasilnya...



Memang sedap la kek ni...keluar dari oven jer air liur ni dah nak menitik menengoknya...hehehe...tak sempat sejuk lagi terus potong, ngap masuk mulut, potong ngap masuk mulut...tak sedar dah 4 potong masuk mulut...uiii memang sedap betul la...boleh buat lagi nanti...tp aku perasan kan kek aku ni kan tak naik tinggi macam yg otai2 dalam masakan buat...dari post mortem yg aku lakukan, ternyata problem ini disebabkan aku tak pukul putih telur lebih lama sedikit...kalau tak memang menggunung cheese cake ni...tak pa, tak pa...lain kali leh buat lagi kan? Apapun cheese cake ni memang the bomb!!! Jom kita tengok resepinya yg di skodeng di myresipi.com...banyak feed back mengatakan cheese cake ni gebu & sedap!! apa lagi, jom la kita sama2 merajinkan diri buat cake ni...hehehe...trimakasih Kak Alma Myresipi...minta izin copy paste kat sini yer...


Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:



  • 250g cream cheese


  • 50g butter


  • 100 ml susu segar (fresh milk)


  • 6 biji kuning telur


  • 1 sdb jus lemon


  • 1/4 sdk garam


  • 60g tepung kek / tepung superfine


  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:


  • 6 biji putih telur


  • 140g gula (granulated sugar) I used 100gm only


  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara

1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

2.Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

5.Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).






Thursday, May 6, 2010

Chocolate Banana Cake

Dah masuk 3 kali aku bake this lovely chocolate banana cake. Rasanya akan lebih sedap jika dimakan keesokannya. Barulah kek ni akan develop rasa coklat dan pisang tu...emm moist sgt. Tapi aku reducekan sikit gula sebab terlalu manis la utk tekak I...hehehe...




Resipi ni aku terjumpa di sini semasa asyik dok bloghopping . Jom kita tengok bahan2nya. Aku copy & paste jer ok....layan...


Chocolate Banana Cake

adapted from Joy of Baking . Recipe yield one 23cm diameter cake.

Ingredients:
400g granulated sugar ( I used only 240 gm)
245g flour
75g cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs
1 cup mashed ripe bananas (about 2-3 medium sized bananas)
240 ml warm water
120 ml milk
120 ml corn oil (Mazola oil)
1 1/2 teaspoons pure vanilla extract or banana essence

1. Preheat oven to 180° C and place rack in the center of the oven. Prepare one 23cm diameter Springform, bottom and side buttered, lined with parchment paper. Set aside.

2. In a large bowl, sift together flour, cocoa powder, baking powder and baking soda. Add sugar and salt and whisk all the dry ingredient well blended. Set aside.

3. Using a blender (food processor if you’re lucky), blend the banana first and add eggs, water, milk, oil and vanilla extract (or banana essence). Blend until the wet ingredient mix evenly.

4. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir using a whisk until combined. Pour the batter into the prepared springform and bake for 50-60 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean. (may took longer depending on your oven, so always test first to see if it really done).

5. Wait till the cake completely cooled before cuting it into layers if you want.





Laksa Kedah

Sebut saja laksa tentu ramai dah terbayangkan kuahnya yg enak tu, aku diantara salah seorgnya. Memang suka sgt makan laksa ni, my hubby's favourite too. Kalau makan kat kedai memang tak puas, laksanya ciput jer. Lebih baik buat sendiri, nak tambah 2,3 kali pun tak apa. Laksa ni kalau makan 1 pinggan ja memang tak puas. Ini utk kes org yg memuja laksa la hehehe!!! Kena tambah 1 pinggan lagi baru cukup syarat makan laksa....slurpppp!!! Alhamdulillah!!!!



Laksa yg aku selalu buat ni, kuahnya kombinasi ikan kembung dan ikan sardin. Memang dari dulu lagi kalau nak buat kuah laksa aku cari 2 jenis ikan ni. Manis ikan tu memang terasa lah...yg lain2 tu biasalah...rasanya byk yg dah tahu macam mana nak buat kuah laksa kan..ini adalah Laksa Kedah versi aku...


Bahan2nya:
Laksa
Ikan kembung & ikan sardin
Asam keping
Daun kesum
Bunga kantan
Garam & gula

Dikisar bersama:
Cili kering - 9/10 tangkai ,direndam (kalau suka pedas tambah bilangannya)
Bawang besar - 3 biji
Sedikit belacan

Untuk hiasan:
Telur - direbus & dipotong 2
Bawang besar - dihiris
Timun - dicincang sedikit
Bungan kantan - dihiris
Salad/Daun selom - dihiris
Limau kasturi
Cili hidup & cili padi - dihiris

Cara2nya:
  1. Laksa direbus hingga lembut.
  2. Ikan disiang, dicuci dan direbus bersama garam dan 4/5 keping asam keping hingga putih isinya. Air ikan yg direbus jgn dibuang. Ia akan digunakan semula didlm kuah. Separuh diblend isinya dan separuh ditumbuk.
  3. Masukkan isi ikan kedlm air ikan tadi. Pastikan tiada tulang didlmnya.
  4. Masukkan cili yg diblend, bunga kantan,daun kesum dan asam keping 3/4 keping.
  5. Masukkan gula dan garam
  6. Buka api dan biarkan mendidih.
  7. Sebelum menghidang rasakan manis dan masinnya.
Cara menghidang:
  1. Masukkan laksa ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan bwg besar, hirisan timun, telur, daun selom/salad, hirisan bunga kantan & potong limau kasturi.
  3. Masukkan kuah laksa.
  4. Sedia untuk dimakan.



Satay Goreng

Bila terjumpa jer resipi satay goreng ni kat blog kak hana memang teruja sgt nak cuba buat. Kalau nak bakar tu jangan haraplah nak buat...nak bakar arang, nak berkipas2 lagi, asap lagi...adoi tak sanggup makcik!!! hehehe!!! yg nak makan tu pulak 2 org jer kat rumah ni...tak kuasa U...jadi dgn penuh dedikasi aku pun bertungkus lumus la menyediakan satay goreng ni...ayam tu perlu diperap semalaman, baru la meresap semua rempah2nya tu...pagi esoknya tu aku rebus nasi impit segera dan bila petang, goreng satay, dah boleh hidang...




Kuah kacang tu pulak aku dah sediakan 2 hari sebelum tu. Lagi lama kuah kacang ni lagi sedap...Rasa satay goreng ni memang sebijik macam org jual satay bakar tu. Sedappp!!! terasa semua rempah dan serainya tu...jgn tengok saja, cuba buat, senang jer!!! Resipinya I copy paste jer lah yer dari blog, hanamemories.blogspot.com. Apapun thanks alot pada pencipta resipi asal satay goreng ni...memang marveles!!!!


Bahan-bahan

  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.


Eggless Chocolate Cake

Eggless Chocolate Cake ni memang sedap. Dah byk kali aku buat, bukan saja sedap dan moist tp mudah disediakan. Masukkan saja bahan basah kedlm bahan kering. Pukul sekejap dlm 2 minit, dah siap. Dan yg paling best pasal resepi ni ialah adunannya tidak menggunakan telur...jimat U telur kat dapur, sihat pun ya jugak sebab telur digantikan dgn yogurt. Emmm memang best resipi ni. Aku jumpa kat blogresepi.com, blog yg memang the bomb tu...suka tengok gambar2 kat situ, cantik sgt!!!




Kek ni aku buat without frosting sebab org kat rumah ni tak suka sgt dgn frosting...lebih suka plain je....lagi sonang kerja makcik...hehehe...aku copy paste jer lah resepinya dari sana, layann..

Eggless Chocolate Cake Recipe
  • All Purpose Flour 1 cup
  • Baking Powder 1/2 teaspoon
  • Baking Soda 1 teaspoon
  • Unsweetened Cocoa Powder 6 tablespoons
  • Granulated Sugar 3/4 cup
  • vegetable oil 1/2 cup
  • Hot Coffee 1/4 cup (1 tsp of coffee in 1/4cup hot water)
  • Milk 1/4 cup
  • Yogurt (I used plain non fat, measured it with dry measuring cup) 1/4 cup
  • Vanilla Extract 1 teaspoon
Yield: One 8-inch or 9-inch cake.
  1. Preheat the oven to 170 C. Lightly grease an 8-inch round cake pan and dust it with cocoa powder.
  2. In a large bowl sift together the all purpose flour, whole wheat flour, baking soda, baking powder, cocoa powder and sugar. Make a well.
  3. Add all the wet ingredients one by one.
  4. With an electric mixer, beat the mixture on low speed for 2-3 minutes until the dry and wet ingredients are well combined. Do not over beat it.
  5. Pour the batter in the prepared pan. Tap the pan a couple of times so the batter is spread evenly and there are no air bubbles.
  6. Bake for about 30 min. Check the cake with tooth pick. Toothpick inserted in the middle of the cake should come clean whrn the cake is ready.
  7. Once out of the oven, transfer the pan to a wiring rack to cool. After about an hour remove the cake from the pan and let the cake cool completely before frosting.
Frosting Recipe
  • Margarine/butter at room temperature 3 tablespoons
  • Powdered sugar 1 1/2 cups
  • Unsweetened cocoa powder 1/4 cup
  • Milk, fat free 3-4 tablespoons
Yield: About 3/4th cup of frosting, enough for one 8-inch or 9-inch cake.
  1. In a medium size bowl add the margarine, powdered sugar and cocoa powder. Start beating with an electric mixer on low speed. At this stage it may seem to be very dry. Don’t panic. Wait until you add the milk.
  2. Add milk little by little and continue beating the mixture till you get a nice spreadable consistency.
  3. Now transfer the cake to a plate and start frosting it.
  4. Cool down in fridge for at least one hour (the texture of the frosting will look better after at least one hour in fridge).

Wednesday, May 5, 2010

Big bites

Malam ni dinner buat burger jer...
Hubby cakap sedapnya!!!! Hubby aku ni jenis tak cerewet, apa pun yg aku masak semuanya dia makan..lagi sonang la makcik...hehehe...kena pulak dgn teh O panas, terangkat beb!!!
Tengok aje la yer!!!!

Nasi Ayam Penyet

Ini pulak menu hari ahad lepas..

Dah lama sebenarnya nak masak nasi ni tapi asyik tergendala saja...ada saja bahan yang tak complete. Bila dah buat tu puas rasanya sebab nasi ayam penyet ni memang sedap especially sambalnya...memang sedap. Hubby makan bertambah2...hehehe...(ke sebab lapar?) kwangkwangkwang...tak kisahlah janji habisss!!!!Resepi nasi ayam penyet ni aku ambik kat Blogresepi, blog yg begitu sedap mata memandang tu...aku copy paste resepinya disini...ok...


Resipi Nasi Ayam Penyet
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup.
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. -Kite takde nie
  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.
Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.
  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam/daging
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.
Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.


Spaghetti Ala Malaysia

Emm...hari ni lunch spaghetti ala malaysia


Diberi nama spaghetti ala malaysia disebabkan bahan2nya telah diolah mengikut citarasa orang malaysia...in my case, tekak orang melayu lah...hehehe...selepas bawang ditumis, aku masukkan sedikit cili kisar supaya rasanya nanti akan ada pedas dari cili, masam dari tomato, manis dan masin....memang ummphh!!! slurrppp!!!!habis 1 pinggan... Alhamduillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Daughter

Lilypie Fourth Birthday tickers